KURSUS LATIHAN APLIKASI ICT DALAM P&P GURU-GURU DAERAH HULU LANGAT

Satu kursus Latihan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk guru-guru daerah Hulu Langat telah diadakan di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dari 24-27 September 2007. Kursus tersebut dihadiri oleh dua orang guru SKTJ iaitu En. Mohamad Fadli Mansor dan En. Jasmin Ismail. Kursus tersebut dikendalikan oleh JU ICT, En. Mohamad Yusri Yusof dan rakan JU ICT.

JELAJAH PEMBICARA GEMILANG

Satu siri ceramah motivasi bertajuk Pembicara Gemilang telah diadakan pada 21/09/2007 bertempat di Foyer Sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh wakil dari AMPAC yang disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan 6. Ceramah yang disampaikan amat menarik serta berkesan dan diikuti dengan penuh minat oleh murid-murid dan guru-guru SKTJ. Diharap semua warga SKTJ dapat mempraktikkan ilmu yang disampaikan oleh penceramah untuk memperbaiki cara dan teknik dalam perbicaraan menggunakan bahasa badan yang betul..TERIMA KASIH kepada penceramah yang berjaya menarik perhatian semua yang mengikuti sesi tersebut dengan baik.

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Guru Besar, En. Chang Fang Chong di Foyer Sekolah pagi tadi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang program bulan kemerdekaan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan semua yang menjayakan program tersebut yang dianjurkan dengan jayanya oleh UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING di bawah kelolaan En. Azhar Bin Safei.

TEMPAT KE 4 KATMO BOLA JARING DAERAH HULU LANGAT

Tahniah kepada pasukan bola jaring tunas mini olimpik sekolah kerana telah mendapat tempat ke 4, dalam Karnival Tunas Mini Olimpik Permainan Bola Jaring Peringkat Daerah Hulu Langat yang telah diadakan baru-baru ini. Kepada Cikgu Razida & Cikgu Nor Saadah, teruskan usaha next year cuba lagi...

GAMBAR KELAS 2007

Sila klik link di bawah untuk melihat gambar kelas masing-masing:

[TAHUN 6] [TAHUN 5] [TAHUN 4] [TAHUN 3]
[TAHUN 2] [TAHUN 1] [PRASEKOLAH]


SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 50 PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan perayaan kemerdekaan Malaysia ke 50, peringkat sekolah telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Dataran dan Foyer SKTJ. Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya pertandingan bacaan ikrar, pertandingan busana merdeka, petandingan lagu patriotik dan banyak lagi.MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA! Lagi gambar sila klik link di bawah:
[Merdeka 1] [Merdeka 2] [Merdeka 3] [Merdeka 4]


MAJLIS MEMOHON RESTU MURID TAHUN 6

Majlis memohon restu murid tahun 6 telah diadakan pada 30 /8/2007 untuk meminta keizinan daripada guru-guru sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada 3 - 5 September nanti. Kepada murid-murid Tahun 6, seluruh warga SKTJ mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang!

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN

Majlis Solat hajat dan bacaan Yaasin telah diadakan pada 16/08/2007 bertempat di Surau Taman Jasmin. Majlis tersebut bertujuan untuk memohon keberkatan dan ketenangan bagi murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Syukran Jazilan.

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

Perasmian Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 50 telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Chang Fang Chong pada 14 Ogos 2007 bertempat di Dataran SKTJ. Merdeka!!! Lagi gambar sila klik link di bawah:
[Merdeka1]

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK

Tahniah & Syabas kepada pasukan bola sepak tunas mini olimpik SKTJ kerana mempamerkan permainan yang menarik dan bertenaga di sepanjang kejohanan tunas mini olimpik. Pasukan sekolah telah menjuarai kumpulan dengan memenangi 3 perlawanan dan 1 seri yang berlangsung di padang SK Bandar Rinching. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah apabila tewas pada pusingan kedua karnival yang dijalankan di SK Ulu Semenyih. Berikut adalah keputusan perlawanan:

PERINGKAT KUMPULAN:
SKTJ lwn SK Jalan 4, Bandar Baru Bangi 1 - 1
SKTJ lwn SK Sungai Ramal Dalam 3 - 0
SKTJ lwn SK Jalan Bukit 1 3 - 1
SKTJ lwn SK Leftenan Adnan 2 - 0

PUSINGAN KEDUA:
SKTJ lwn SK Taman Nirwana 0 - 1

Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Mizan & Cikgu Selvester kerana melatih pasukan dengan bersungguh-sungguh..next year cuba lagi..

KARNIVAL BOLA TAMPAR & BOLA JARING ANJURAN PKG SEMENYIH

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring guru SKTJ kerana menjadi naib johan dalam Karnival Bola Tampar & Bola Jaring anjuran PKG Semenyih pada pagi tadi. Dalam perlawanan akhir pasukan SKTJ terpaksa akur dengan pasukan guru SMK Taman Jasmin 2 dengan jaringan 4 - 7. Syabas kepada guru-guru SKTJ..!

SESI MOTIVASI OLEH AJK PIBG UNTUK MURID TAHUN 6

Satu sesi motivasi oleh AJK PIBG sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Ogos 2007 untuk murid-murid Tahun 6 sebagai motivasi dan pemberi semangat bagi persediaan untuk peperiksaan UPSR nanti. Terima kasih kepada AJK PIBG yang terlibat dan diharapkan murid-murid Tahun 6 dapat membuktikan kepada Guru-Guru dan Ibu Bapa dengan memberikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti..Insyaallah.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2007

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan pada 25-27 Julai 2007 bertempat di Kem Rebutia, Gombak. Seramai 81 orang murid dan 4 orang guru telah menyertai kem tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya Flying Fox & High Rope, Kembara ke Air Terjun Sg. Pisang dan Night Walk. Untuk melihat gambar klik pada tajuk di bawah:
[ALBUM 1] [ALBUM 2]

PROGRAM CERAMAH KESIHATAN & SENAMROBIK 2007

Program Ceramah Kesihatan dan Senamrobik telah diadakan pada 20/07/2007 bertempat di Foyer dan Dataran sekolah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih KPLI daripada Institut Perguruan Ilmu Khas yang menjalani latihan praktikum selama 12 minggu di SKTJ. Untuk melihat gambar aktiviti tersebut sila klik pada link dibawah:
[Album 1]

KUIZ MATEMATIK ZON SEMENYIH 2007

PESERTA TERBAIK KUIZ MATEMATIK ZON SEMENYIH 2007
Mohd Syafiq Aiman dari Tahun 6 Melur telah mengharumkan nama sekolah apabila memenangi Peserta Terbaik Keseluruhan Kuiz Matematik (Tahap 2) Zon Semenyih 2007.

JOHAN PERTANDINGAN KUIZ MATEMATIK ZON SEMENYIH 2007
Tina Mary Philip (5 Bakawali), Jasveenjit Singh (6 Melur) dan Mohd Syafiq Aiman (6 Melur) telah mewakili sekolah dalam pertandingan Kuiz Matematik Zon Semenyih dan telah muncul sebagai johan bagi kategori tahap 2.

SYABAS & TAHNIAH...KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI SEMUA...

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR untuk murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 14 Julai 2007 bertempat di Prescott Metro Inn, Kajang. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh En. Johan b. Abd Aziz, Yang Dipertua PIBG SK Taman Jasmin, Kajang. Lagi gambar klik disini.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2007

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2007 telah berlangsung di Edu Kids Adventure, Gombak pada 7-8 Julai 2007. Seramai 75 orang murid terlibat dalam kem tersebut. Untuk melihat lagi gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut, sila klik dibawah:
[Album 1] [Album 2]

HARI AKADEMIK 2007 (30/06/2007)

Program Hari Akademik telah diadakan pada 30/06/2007 bertujuan untuk penyerahan buku rekod adab belajar kepada ibu-bapa murid-murid SK Taman Jasmin. Terima kasih diucapkan kepada ibu-bapa yang prihatin dan bekerjasama dalam program tersebut.



GOTONG-ROYONG PERDANA (30/06/2007)

Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan pada pagi tadi (30/06/2007). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada ibu-bapa yang turut sama membantu menjayakan program tersebut. Untuk melihat gambar sila klik pada link berikut:
[ALBUM 1]

FARAH FAZIRA HARUMKAN NAMA SEKOLAH

Farah Fazira Bt Mohamad Johari dari Tahun 6 Bakawali telah mengharumkan nama sekolah apabila terpilih mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) baru-baru ini. Beliau telah membantu pasukan Negeri Selangor memungut pingat Perak dalam acara 4X200m. Beliau juga mewakili Negeri Selangor dalam acara 200m dan Lompat Jauh. SYABAS dan TAHNIAH!

KURSUS DALAMAN PENGGUNAAN & PEMASANGAN NOTEBOOK DAN LCD PROJEKTOR PPSMI FASA V

Satu kursus dalaman berkaitan dengan pemasangan dan penggunaan Notebook dan LCD Projektor untuk PPSMI Fasa V telah diadakan pada 25/04/2007 bertempat di Kelas 1 Kenanga. Terima kasih diucapkan kepada semua guru Sains dan Matematik yang terlibat.


KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA 2007

Kejohanan Sukan & Olahraga telah diadakan pada hari Sabtu (21/04/2007) bertempat di Padang SMK Taman Jasmin 2. Rumah Kuning telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan bagi temasya kali ini. SYABAS & TAHNIAH!......KUNING MENYENGAT!!!

KEM MOTIVASI TAHUN 6 SIRI 1

Kem Motivasi Tahun 6 Siri 1, telah diadakan pada Hari Sabtu (14/04/2007) bertempat di Kompleks Bestari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Di harap murid-murid tahun 6 akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti...SKTJ BOLEH!

PROGRAM MAJALAH KUNTUM

Program anjuran Pusat Sumber Sekolah bersama Majalah Kuntum telah diadakan pada hari Khamis (19/04/07) bertempat di Foyer Sekolah.

JOHAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT ZON SEMENYIH & DAERAH HULU LANGAT 2007

Tahniah dan Syabas! kepada murid-murid dan guru-guru SKTJ kerana telah menjadi Johan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Zon Semenyih dan Daerah Hulu Langat 2007.